top of page

Pengenalan

 

Majlis Perwakilan Pelajar UiTM atau ringkasannya MPP UiTM merupakan badan perwakilan pelajar yang utama di Universiti Teknologi MARA yang diwujudkan mengikut peruntukan Seksyen 7 Bahagian 3 Undang-Undang Malaysia Akta 174 Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976.

 

    Keahlian Majlis Perwakilan Pelajar UiTM adalah atas suara pelajar melalui pilihanraya kampus yang diadakan sekali dalam setahun. MPP UiTM di wujudkan oleh peruntukan Seksyen 7 Bahagian 3 Undang-Undang Malaysia Akta 174 Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976. Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Perak Sesi 2014/15 terdiri daripada 12 orang ahli jawatankuasa yang di sertai oleh 6 fakulti yang terdapat di UiTM Perak,iaitu kampus Seri Iskandar dan Tapah.

    Kesemua ahli merupakan pelajar-pelajar yang telah diberi kepercayaan untuk mewakili pelajar bagi fakulti masing-masing serta membawa nama UiTM Perak ke peringkat lebih tinggi. Jawatankuasa MPP ini diketuai oleh seorang ketua iaitu Yang Di-Pertua MPP iaitu saudara Ismad Dhirar Bin Hidayat yang turut dibantu oleh Naib Yang Di-Pertua Muhammad Ashraf Bin mh Noor dan juga oleh exco-exco MPP yang lain seramai 10 orang.Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) juga dibantu oleh Seketeriat Majlis Perwakilan Pelajar (SMPP) seramai 51.  Pelbagai aktiviti dan program sama ada persendirian atau kerjasama penganjur telah dilakukan antaranya adalah seperti aktiviti khidmat masyarakat, sukan, akademik malah turut juga melibatkan badan-badan kerajaan tempatan, negeri dan persekutuan secara langsung atau tidak langsung termasuklah badan-badan separa kerajaan dan bukan kerajaan.

Majlis Perwakilan Pelajar UiTM PERAK sesi 2014/15. Proudly created with Wix.com

bottom of page