

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UiTM PERAK

Bengkel Pengurusan Kepimpinan
Program “Bengkel Pengurusan Kepimpinan” adalah satu program kepimpinan dibawah Universiti Teknologi MARA (PERAK) . Program ini dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi MARA ( PERAK ) sesi 2014/2015. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa untuk lebih berdaya saing dan mempunyai kemahiran dalam menjalankan tugas sebagai pemimpin. Malahan itu, mahasiswa akan diberi pendedahan tentang sistem pentadbiran yang dilaksanakan oleh pengurusan UiTM. Ini akan membantu pelajar untuk menguruskan organisasi dan melaksanakan tanggungjawab sebagai majlis tertinggi organisasi dengan baik. Selain itu, program ini juga akan membantu pelajar untuk menghasilkan poster dan banner yang lebih menarik untuk setiap aktiviti yang dianjurkan oleh pelajar UiTM. Program ini akan dianjurkan sepenuhnya oleh Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi MARA (PERAK).
Beberapa objektif telah digariskan iaitu:
-
Mendedahkan dan memperkenalkan pelbagai informasi tentang sistem pentadbiran Universiti Teknologi MARA (Perak).
-
Memberi peluang kepada mahasiswa untuk menguruskan organisasi dengan lebih baik.
-
Memberi peluang kepada pelajar untuk mengetahui lebih dalam cara penyediaan kertas kerja bagi sesuatu program.
-
Memberi peluang kepada mahasiswa untuk mempelajari asas penting dalam menghasilkan poster dan yang lebih menarik dan professional.
-
Mengeratkan hubungan silaturrahim antara Majlis Perwakilan Pelajar dan warga Universiti Teknologi MARA (Perak) melalui program yang berfaedah dan memberi kelebihan kepada semua pihak.
-
Menerapkan kesedaran yang tinggi kepada mahasiswa sebagai Bumiputera untuk sentiasa maju kehadapan, kreatif ,inovatif dan mendekatkan diri dalam program yang memberi nilai tambah sebagai pelajar UiTM.